Apple Snow Leopard 2010

Thats why we waited before getting five new systems..:-)
Labels: 0 comments | | edit post

Filem Malaysia pun 2 kali 5 :-)

Masalah yang sama berlaku di Brunei..well not just in Brunei, Malaysia and indon pun lebih kurang sama. Teknologi seharusnya membantu industri menjadi lebih baik. Contohnya penggunaan SFX dalam filem-filem hollywood. The holy grail bagi mereka ialah apabila satu satu FX wujud dalam satu filem TANPA disedari wujud oleh penonton. Ini kadang2..aduuhh membagi sakit kepala. Cerita satu hal, lain lagi audio dialog dubbing. Cubatah buat macam Kungfu hustle saja dulu. Benar, cerita atu cerita komedi, tapi cara stephen chow membuat, combine lagi dengan SFX nya..hmm..kirakan musiknya pun jua kalau dapat mewarnai filem atu. Jadi killernya.

So no wonder i like cemana mulah yasmin membuat cerita. i was hoping membuat something utk puasa n raya ani, but alas, project terlampau banyak sampai terpaksa jadi sotong..

as u can see dari article di bawah ani, orang malaysia pun sanak kan filem hancur durang hehe...sama la bros and sis.

ps. i love watching selubung...dulu..

Cari formula kuatkan jalan cerita filem
Oleh Hardi Effendi Yaacob



Produser filem elak bergantung dengan teknologi canggih hingga abaikan kualiti karya

FESTIVAL Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) yang berakhir di Kota Kinabalu, Sabah semalam seharusnya dijadikan medan mencari formula bagi memajukan jalan cerita sesebuah filem tempatan untuk menjadikannya sesuatu yang luar biasa tanpa terlalu bergantung kepada aplikasi teknologi.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata komponen utama dalam memastikan sesebuah filem itu berjaya bukan terletak pada teknologi pembikinan semata-mata, sebaliknya jalan cerita yang dihasilkan.

“Filem bukan mesin tetapi suatu karya seni yang harus bercerita dengan sendirinya. Orang Mongolia boleh berbangga dengan filem mereka, begitu juga Thailand. Jika kita bercakap fasal teknologi seperti CGI (Imej Janaan Komputer) dan sebagainya, mereka lebih dulu menggunakannya daripada kita.

“Mengapa filem mereka boleh berjaya di negara sendiri dan peringkat antarabangsa. Semuanya sebab jalan ceritanya kuat dan menarik. Kenapa harus dibanggakan sangat penggunaan CGI dan teknologi penggambaran lain sedangkan aspek yang harus dititikberat ialah jalan cerita,” katanya.

Katanya, di mana-mana saja industri perfileman di seluruh dunia, hampir semua teknologi penggambaran yang digunakan adalah sama tetapi yang membezakan sesebuah filem itu ialah jalan ceritanya.

“Itu yang membezakan filem kita dengan negara lain. Penggunaan teknologi tidak sepatutnya dijadikan kayu pengukur sama ada filem kita bagus atau tidak. Sebab itulah, dalam mana-mana festival (filem) pun, penilaian lebih bertumpu kepada jalan cerita atau screenplay, bukannya teknologi.

“Lagipun, kita bukan bercakap fasal persaingan teknologi di sini. Malah, kebolehan untuk mencapai semua teknologi itu bukannya payah. Sebaliknya, jalan cerita yang memainkan peranan penting dalam menjadikan karya kita unik dan berbeza dari negara lain,” katanya.

Beliau turut melihat penganjuran festival kali ini selari dengan perubahan iklim politik di dalam negara, selain ekonomi dan sosio-budaya masyarakat, terutama dari segi peningkatan jumlah penyertaan yang disifatkan tertinggi dalam sejarah penganjuran FFM.

“Diakui, transformasi ini cukup unik, terutama pada naskhah filem dihasilkan walaupun penerokaannya masih bersifat komersial dan belum mencapai tahap intelektual. Namun, apa yang penting di sini bukanlah jumlah filem yang dihasilkan, sebaliknya pencapaian boxoffice filem berkenaan di pawagam.

“Ini yang perlu difahami bagi memastikan zaman kejatuhan filem tempatan sekitar 80-an dan 90-an dulu tidak berulang. Kita mungkin boleh `berpekik’ apabila filem kita berjaya di pawagam kerana kebetulan ada ruang kosong ketika itu apabila tiada persaingan dari produksi besar Hollywood.

“Atau, ia turut dipengaruhi penayangan filem dari seberang yang menarik audien ke pawagam hingga mereka menganggap filem Melayu sudah berada pada tahap terbaik sedangkan masih banyak yang perlu diperbaiki, terutama pada aspek jalan cerita,” katanya.

Katanya, bukan menjadi satu kesalahan jika penggiat filem tempatan bercita-cita tinggi mahu membawa karya masing-masing ke persada dunia seperti tema yang dipilih bagi penganjuran festival kali ini, malah tidak mustahil hasrat itu mampu dicapai jika diusahakan.

“Memangnya kita selalu menginginkan filem kita ke persada dunia. Ia tidak salah, malah bukannya mustahil untuk dijayakan,. Namun, yang paling penting sesebuah filem haruslah berjaya di negaranya sendiri terlebih dulu.

“Apa guna menang sampai 40 anugerah di peringkat dunia kalau tidak ditayangkan atau gagal di negara sendiri. Kesimpulannya, anugerah bukan sebagai penentu, sebaliknya penerimaan masyarakat terhadap sesebuah filem. Itulah penanda aras yang sebenarnya,” katanya.

FFM22 - Kota Kinabalu 2009 dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), selain mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Ia yang kali pertama berlangsung di luar Semenanjung sejak mula dianjurkan pada 1981, turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila menerima jumlah penyertaan terbanyak iaitu 193 karya untuk dipertandingkan, masing-masing filem cereka, digital, dokumentari, animasi serta filem pendek.

Produser perlu ubah budaya pemikiran

SEMENTARA itu, Ketua Pengarah Finas, Mahyiddin Mustakim, berkata pemilihan tema Filem Malaysia Ke Persada Dunia bukan bermaksud mahu mencari filem tempatan untuk dihantar ke luar negara, sebaliknya lebih kepada usaha meningkatkan kualiti karya tempatan agar menepati standard antarabangsa.

“Ia perlu dilihat dari skop lebih meluas, membabitkan segala aspek dalam proses penerbitan filem. Ia bermula seawal proses penulisan dan pembangunan skrip, diikuti aplikasi teknologi penggambaran terkini, pasca produksi, seterusnya urusan pemasaran dan pengedarannya.

“Sebenarnya, objektif utama pemilihan tema itu adalah untuk meningkatkan kualiti filem tempatan. Kita mahu produser kita menghasilkan lebih banyak filem yang berpotensi dibawa ke luar negara, sekali gus membuka pasaran lebih luas dengan syarat mesti berjaya di negara sendiri terlebih dulu,” katanya.

Bagi menjayakan misi itu, katanya, mereka yang terbabit dalam kerja perfileman perlu mengubah budaya pemikiran bahawa setiap filem dihasilkan bukan sekadar untuk tayangan tempatan, sebaliknya mempunyai potensi ke pasaran luar negara.

“Diakui, memang ada produser tempatan yang mengambil inisiatif memasarkan filem ke negara luar, dengan ada di antaranya belum ditayangkan di negara sendiri pun. Kami menyokong usaha ini tetapi tidak ramai produser yang berani melakukannya disebabkan beberapa faktor penghalang.

“Justeru, dalam beberapa siri pertemuan dengan pihak produser sepanjang festival ini berlangsung, Finas ada memberikan penerangan mengenai bentuk bantuan yang boleh diperoleh dari kerajaan dalam menjayakan usaha itu, bukan saja membabitkan filem cereka tetapi filem dokumentari,” katanya.

Beliau berkata, melihatkan pencalonan filem yang bertanding kali ini, beliau turut merumuskan memang berlaku tranformasi yang cukup ketara dalam industri perfileman tempatan, bukan saja dari segi teknologi penggambaran, malah genre filem yang diterbitkan.

“Banyak genre filem wujud sekarang ini, sekali gus menawarkan lebih pilihan kepada penonton. Saya melihat ada keberanian di kalangan produser kita menerbitkan filem aksi, fantasi dan animasi yang menggunakan pelbagai teknologi penggambaran terkini.

“Perubahan ini cukup drastik berbanding tiga tahun lalu, di mana ketika itu pasaran filem tempatan lebih terhad kepada filem cinta, romantik dan komedi. Bagi saya, ini satu perkembangan baik, yang mampu memberikan implikasi positif terhadap pertumbuhan industri perfileman kita,” katanya.