Ramai yang berpendapat menerbitkan drama adalah senang. Ada kamera, pelakon, lampu..sedikit wang untuk makan nasi katok sepanjang penggambaran. Semua jadi ok.
Inilah yang semakin menjadi-jadi. Bukan sahaja di Brunei, malah di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Mungkin di tempat lain juga, tetapi kita sekarang berbicara tentang penerbitan drama Melayu.
Kenapa dulu ada jika ada drama seperti darah kedayan, keluarga liau badar, kita semua duduk diam melihat. Mungkin kerana kita tidak disajikan pelbagai 'menu' seperti adanya astro sekarang, tetapi mungkin juga kerana cerita/pelakon yang dipaparkan dapat kita kaitkan dengan kehidupan kita sekarang.
Darah kedayan mewakili kisah salah satu puak Brunei yang menonjol, manakala keluarga liau badar mewakili majoriti masyarakat Brunei albeit in a comedic background.
Artikel mengenai masalah ini juga ditulis dalam satu artikel seperti di bawah ini; its funny that orang Malaysia sendiri sakit jiwa melihat arah tuju perfileman di sana..kecuali yang sebelum 90-an. Da di du ok, setinggan ok, Tun P. Ramlee apa lagi..
Just read on… the following comes from a MALAYSIAN..not me.
Drama Melayu Mencari Kematangan
Ada kemungkinan saya ini dilahirkan bukan untuk menonton drama-drama Melayu mutakhir. Saya masih ingat lagi ketika zaman kanak-kanak dan awal remaja, pasti tidak ketinggalan menonton drama-drama seperti Opah dan PJ. Entah mengapa, pada ketika itu, drama-drama tersebut begitu mencuit rasa. Apabila tiba zaman permulaan drama-drama swasta, minat saya untuk menonton drama semakin merundum.
Kalau ada pun yang saya tonton ialah sewaktu di kampus, ketika drama disiarkan pada sekitar jam 6.30 petang - waktu membeli makan malam di kafe. Apabila sudah 'tertengok', mahu juga ikuti kesudahannya. Pun, dalam hati seringkali mempertikaikan hal-hal logik dalam cerita. Apa ya drama yang masih saya ingat? Mungkin Cinta Antara Benua kerana ia kisah pelajar di luar negara yang berusaha keras menunjang jati diri dalam hal yang tak berapa logik seperti sentiasa berbaju kurung nipis ke kuliah walaupun pada ketika itu awal musim bunga.
Selepas daripada itu, saya semakin meninggalkan drama-drama Melayu kerana saya tak tahan dengan dialog-dialog yang disampaikan dengan nada cresendo oleh pelakon-pelakonnya. Kalau tak bertempik, menengking sesama sendiri, tak sahlah drama Melayu itu. Atas alasan tersebut dan alasan-alasan lain seperti pengulangan kisah-kisah yang itu-itu juga, semakin menjarakkan saya daripada menontonnya.
Apabila saya dipelawa menonton sebuah drama tulisan seorang sahabat penulis malam tadi, saya cuba untuk menontonnya. Apatah lagi, drama tersebut merupakan adaptasi daripada sebuah novel pop yang agak meletup pada siri pertama novel tersebut. Sebagai sebuah novel, ceritanya meruntun perasaan walaupun aspek pemikirannya masih dangkal. Cerita tersebut semakin menuju kematangan apabila sampai pada siri terakhir novel tersebut.
Saya cuba betah menunggu sekitar 10 minit pertama siarannya. Saya tak tahan mendengar dialog-dialog cresendo - contohnya, mak datin yang mempuyai perwatakan klise - memarahi pekerja yang datang lewat.
Ah, mengapa watak itu tidak boleh digambarkan seperti Maryl Streep dalam The Devil Wears Prada? Beliau digambarkan sebagai majikan yang tidak berperikemanusiaan. Tetapi tidak pernah sekalipun Maryl Streep menengking kepada mana-mana pekerjanya. Semuanya dilakukan dengan mimik muka, senyuman sinis dan perwatakan sombongnya itu langsung tidak perlu hilang suara menjerit-jerit.
Pernah juga saya tanyakan kepada beberapa orang sahabat penulis yang terlibat dalam penulisan skrip drama tv tentang hal ini. Kata mereka, masalah pertama yang bajet. Kita harus akur bahawa bajet untuk drama tv tidaklah sebesar mana. Jadi, kalau nak buat cerita kereta meletup ataupun helikopter terhempas, alamat bajet tu cukup untuk siri pertama saja. Mana cukup nak bayar pelakon lagi.
Kedua, nak cari pelakon. Semua orang nak pelakon yang 'best-best'. Tapi, tak semua pelakon untuk lapang untukshooting. Kadang-kadang sudah ada komitmen untuk berlakon dengan drama/filem lain. Oleh itu, apabila sudah tidak ada rotan, kenalah cari akar-akar yang boleh dianggap berguna, walaupun adakalanya tak boleh digunakan pun. Itu hakikat, kata mereka.
Ketiga, skrip. Ada juga penerbit / pengarah yang campur tangan dalam hal skrip. Itu belum dicampur lagi dengan stesen tv yang turut sama sibuk dan mengubah-ubah skrip yang telah ditulis. Kalau kena dengan stesen tv yang bersifat kapitalis dalam darah daging mereka, tentu lebih parah lagi.
Itu antara yang pernah dikongsi kepada saya. Justeru, tidak hairanlah kalau saya kerap kali meninggalkan televisyen ataupun beralih saluran tv jika tertonton drama Melayu. Hati ini, ingin sekali menyokong industri filem/drama tempatan, tetapi selagi industri ini mementingkan rating, rating, rating, mungkin selama itu jugalah saya tidak berupa menonton drama-drama sebegini.
Kalau saya katakan di Malaysia kita kekurangan pelakon yang berbakat seperti itu, nanti orang kata, 'kalau kau pandai sangat berlakon, cubalah!' dengan nada cresendo juga. Apa boleh buat, saya yang berhasrat untuk mengikuti siri drama ini, mungkin tidak dapat berbuat demikian. Seperti juga, saya tidak mungkin dapat membaca novel-novel pop yang bersifat melodrama seperti ini. Apabila dialognya mula bertele-tele dan hilang signifikan, mulalah saya membayangkan novel-novel yang tebal itu sebagai lapik untuk meninggikan bantal ataupun kadangkala sesuai untuk menjadi penyendal daun pintu saya yang gemar ditiup angin. Ah, nakal sekali fikiran itu!
Mungkin benarlah, saya tidak dilahirkan untuk menonton drama Melayu mutakhir, lalu saya hilang cara untuk menghayatinya...