Penulisan skrip drama untuk radio

Tidak dinafikan bahawa penerbitan skrip drama radio tidak serancak penerbitan cerpen dan novel.
Skrip seumpama cerpen jua. Ia disokong oleh enam elemen utama; tema, plot, watak, dialog latar belakang dan bahasa. Kalau cerpen berasaskan penulisan deskriptif, skrip drama radio memerlukan kesan bunyi dan muzik bagai menggambar dan menghidupkan suasana.
Kalau sedih ditinggal kekasih, barangkali lagu ‘jangan kauucap selamat tinggal…’ sesuai digunakan. Kalau berada di tepi pantai, kesan bunyi desiran ombak dan nyanyian camar amat diperlukan.
Tema mesti ditetapkan terlebih dahulu. Kemudian tetapkan pula plotnya sama ada kronologi A hingga Z, imbas kembali atau monolog. Watak pula perlu digambarkan dengan suara yang sesuai. Dicadangkan, bilangan pelakon kurang daripada enam orang.
Dialog haruslah kata bual, ringkas, padat, rancak, ada sampuk-menyampuk dan sambut-menyambut. Anggaran panjang skrip; 20 halaman (45 minit), 12 halaman (30 minit) dan 8 halaman (15 minit).

Labels: | edit post
0 Responses